Kalau kehidupan ini satu pertandingan yang panjang
Pasti aku juara
Kehadiran tubuh kecil ini mengubah suasana hangat kepada suram
Hanya dengan butir-butir perkataan yang dialun tanpa sengaja
Tak terbatas dengan rasa
Kerana jiwa dia kosong dengan rasa dan rasional
Kalau kehidupan ini satu pertandingan yang panjang
Pasti aku juara
Meninggalkan mereka yang cuba untuk berkongsi beban yang ditanggung
Ditinggalkan tanpa sepucuk surat bertintakan kalam ikhlas
Kerana baginya berkongsi rasa itu satu kelemahan
Kalau kehidupan ini satu pertandingan yang panjang
Pasti aku juara
Juara dalam berpura-pura
Pura-pura untuk tidak menerima
Tetapi hati menjerit untuk diterima
Juara dalam bersendirian
Tetapi jiwa memberontak diminta untuk dsinggahkan rasa
Juara dalam membunuh setiap rasa simpati dan empati
Tetapi mata kecil itu berteriak mahu dipandang
Sudahlah berpura-pura
Kehidupan ini tidak panjang seperti dijangka