Friday, November 16, 2012

Pemilik Hati (EPISODE 2)



Botol air apple juice twister diteguk dengan laju. 3 saat berlalu habis kosong botol air bersaiz mini itu.

Cuaca makin hari makin panas kerana perubahan musim yang berlaku. Malaysia mana pernah turun salji, panas memanjang tapi hari ni panas tu semacam je.

Dikibas-kibas baju agar angin sejuk dapat mengeringkan saki baki peluh.

“Panas”

Tangan kanan ligat menekan kekunci di handphone, menu>message>inbox ‘empty’

Agaknya harini dia busy dengan segala presentation, ishh yang kau sibuk hal dia buat apa? Biarlah ada presentation ke, assignment ke, group discussion ke, kau bukannya mak dia pun nak sibuk-sibuk.

Terukir senyuman bila dikenangkan cerita semalam. “Amal, Amal”
Agaknya kalau orang lalu-lalang ni tengok aku semacam je. Cakap sorang-sorang, takpe buat-buat on the phone.

“Eh Shu kau buat apa terpacak tengah-tengah dataran ni, bertakafur ke?” Suara serak-serak basah ni memang tak lain tak bukan si budak Haziq. Dengar suara je boleh cair, belum lagi tengok muka dia full package. Sayangnya kuat sangat merokok.

“Aku tengah menurun ilmu ni, agak-agak nak ilmu basic of law tadi duduk depan aku, pengeras nya mesti ada. Cepat-cepat.”

“Sengal la kau, jom lepak minum kat café? Aku kalau dapat segelas teh ais pergh nikmat doh.”


The pieces don’t fit anymore bermain di kepala. Bila music kuasa diri, semua  masalah hilang. Walaupun untuk sementara je.

“Eh kau perasan tak mamat yang baru masuk tu? Yang duduk kat hujung sekali time class psychology dengan Prof Zuraina.”

Tubuh kembali pada alam nyata, alunan gitar dan piano semakin menghilang.

“Yang pakai baju warna hitam tu, kenapa?”

“Bagi kau la kan, pada pandangan perempuan, dia handsome tak?” Nasib tak tersembur air apple yang diteguk tadi. “Kau ni fius mana yang terbakar ni, cuba cerita sikit. Biar aku hantar kan ke workshop bagi renjat sikit.”

“Tak la aku ni yang handsome macam ni pun tak terkejarkan. Haih mak aku dah bising bila nak pasang bini.” Sekotak Dunhill dikeluarkan dari sling bag, lighter dipetik, dihalakan ke mulut. Asap rokok dihembus perlahan-lahan.

“Apa? Nak pasang bini? Haha kau ni underwear pun mak kau yang carikan siap ber post lagi ada hati nak tanggung anak orang. Cuba la kurangkan merokok tu. Aku yang duduk depan kau pun tak tahan bro. Aku tak nak kalau aku mati nanti doctor classify kematian aku as consuming too much carbon monoxide.”

“Aku dah cuba tapi tak boleh la.”

“Cuba tanpa usaha mana jalan bro.” Haziq tersenyum malu.

“Budak baru tu aku rasa bakal menyinar semester ni. Tengok la, habis je Prof Zuraina bagi lecture berpusu-pusu perempuan datang kat meja dia. Kalah MPP weh haha.”

“Mana tak nya, tinggi cukup, hidung mancung, kurus, complete package. Bak kata orang ala-ala K-POP? Haha. Siapa yang tak cair bro.”

Lelaki berkemeja hitam, 170cm, hidung mancung terletak, rambut dibiarkan messy berjalan melepasi aku dan haziq di tepi café.


He got something that makes him so special. 

No comments:

Post a Comment