Monday, August 12, 2013

lemah kita

Siapa kata lelaki itu kuat?
Siapa kata wanita itu lemah?

Sini sila terang pada aku.


Tak, lelaki tidak kuat dan wanita juga tidak lemah. Itu hanya mainan pemikiran yang telah di applied sejak berkurun yang di-implement oleh mass media yakni television.

Mereka kata, lelaki harus berani, tabah, cekal dan catalyst bagi wanita.
Mereka kata wanita harus jadi lemah, lembut, sopan, lembap, dan dependent.

Itu mereka kata.

Tapi pada fikiran logik aku, lelaki itu lemah dan wanita itu kuat.

Lelaki lemah untuk berkata "tidak". Lemah untuk tunjuk yang mereka tidak mampu pikul tanggungjawab sekian-sekian dan lemah untuk  beremosi.

Mereka memang lemah.

Wanita itu kuat. Cukup kuat untuk angkat shopping bag sendiri, kuat untuk tidak dipimpin tangan di kala melintas jalan, kuat untuk tidak menagih simpati manusia.

cukup-
cukup kuat untuk tidak menggunakan fizikal sebagai objek.

Tapi kenapa tidak kita kembali pada yang asal?
Kerana pemikiran ini sudah di didikkan sejak azali.
Masyarakat kita sudak terikat pada norma manusia.

Kita sudah terikat.
tali putih terikat pada kaki.
Kemana mahu berlari?

Lelaki, tidak salah untuk kau tunjuk kelemahan kau. Kau tidak selamanya sempurna kerana sifat sempurna itu hanya di miliki oleh para nabi **sifat ma'shum.

Wanita, kau tidak selamanya perlu bergantung pada mereka. Satu hari nanti, kau bakal berpacak di bumi ini dengan kaki konkrit kau sendiri, bukan pada siapa-siapa.

Kita tidak lemah.

No comments:

Post a Comment