Tuesday, September 9, 2014

saat jatuh

entah jangan ditanyakan pada siapa aku ada
saat bilamana hati ini terasa dingin kosong
pada satu malam
sendirian memujuk hati

dibelek-belek buku tahunan sekolah
mencari pada siapa harus dibicarakan
"ah celaka aku tiada kawan"
kerana manusia itu sifatnya datang dan pergi

ditapakkan kaki ke bilik utama
kosong tak berisi
"dia sudah lama pergi"
kenapa pada tika ini?

dicapainya telefon menekan nombor asing
"ayat apa harus ku tuturkan?"
kerana kita jarang berbicara
janggal 
kita tak pernah rapat
untuk aku katakan "hey ayah kau apa khabar?"
otak ini terkebil mencari kerana bahasa "ayah" itu sudah lama hilang

ini anakmu
masih ingatkah
yang kau tinggalkan dahulu
masih segarkah wajah kelat aku

bukan suara mu yang kedengaran
cuma bunyian ringkas yang jelik *tuttttttttt

No comments:

Post a Comment