Monday, September 11, 2017

Detik 1 petang

12:30 tengah hari
.
.
.
12:50 tengah hari

Mata ini sering kali melihat arah jam. Tidak dapat diselindung perasaan gusar itu.
Dalam hati berkata, "tepat pukul 1 kita bakal bertemu."

Apa khabar dirimu?
Masih seperti yang aku kenal dahulu? Bagaimana karakter mu, masih yang lama? Sepasang mata penuh warna itu masih menceritakan perkara yang sama?

Tik-tok
Tik-tok

Apa yang mahu diceritakan? Adakah kamu turut menyusun cerita seperti yang aku lakukan sekarang? Mahu dimulain dengan yang mana satu? Atau mungkin dibiarkan saja angin lalu membawa segala cerita?

Jika pertemuan kita ini hanya untuk mengimbau episod lama
Aku tidak mahu

Jika pertemuan kita kali ini untuk menyesali segala yang terjadi
Aku tidak mahu

Jika pertemuan hari ini untuk perbetulkan segalanya
Aku tidak mahu

Jika pertemuan ini untuk kau melutut dan mengungkit segala kesalahan
Aku tidak mahu

Jika itu tujuan untuk kita bersemuka
Baik kita batalkan saja

Tubuh itu berdiri kaku di hadapan. Kita hanya berpandangan mengharapkan hati masing-masing sedang bercerita

"Apa khabar dirimu?"

Kamu masih di episod lama, tapi diri aku sudah dibawa ke selingan yang seterusnya. Pertemuan ringkas lewat pukul 1 petang.

No comments:

Post a Comment