Wednesday, September 19, 2012

bidadari tanah


Tik! Tok!
12 malam berdetik sudah
Tangan diangkat, mulut dipertuturkan, mata dipejam serapat mungkin,
Hati kosong hanya memuji Mu

Dengarkan suara perindu ini.
Aku hanya mahu bercerita.
Bukan yang lucu kerana aku tidak mampu ketawa bersama.
Bukan juga yang sedih kerana aku tidak mampu menangis bersama.
Hanya kata hatiku.

Biar kosong jiwa ini hanya untuk malam ini.
Mulut terkumat-kamit, entah apa yang dibicarakan.
Hati berbisik ‘jangan diminta berlebihan, tamak kamu!’

Manusia mana yang tahu erti syukur?
Dimintanya bidadari, dijelmanya bidadari dari tanah.
Kuasa Allah jangan dipertaruhkan.
Datangnya kamu dari tanah sebagai  bidadari.
Kenapa bukan langit?

“Aku diturunkan dari atas untuk menjawab segala soalan mu wahai manusia”

Kerana manusia tidak putus berharap
Maka hiduplah aku ditanah
Sebagai umatNya juga.


Dimintanya bidadari di waktu malam purnama
Maka jelmalah aku dari tanah.
Iya aku lah jawapan kepada segala doamu



Bidadari ini adalah kamu



No comments:

Post a Comment