Embun biru menimpa tanah
harumnya bau menerpa ke jantung
tanahnya memekar di laman seakan
taman hidup.
kenapa bukan dibaja bunga?
Kerana aku gusar ada yang datang
memijakmu bunga.
Di saat baru bertatih, datang Si
Penghidup habis diranap kamu sekalian.
Mana mahu dicurah air hangat di
tepian kelopak mata?
Mana mahu ku simpan sisa hayatmu
si bunga?
‘kalau takut dilanda ombak,
jangan berumah di tepi pantai’
Tawa sendiri memikirkan kebodohan
diri.
Ya aku lah Si Luncai.
Dibajanya bunga di tanah gersang,
manakan mampu berdiri tegak.
Kenapa perlu diusahakan perkara
yang tidak pasti lagi.
Lari kamu dari si bunga!
Kerana bunga, sisa hidupmu
diturunkan kepada membaja bunga.
Seharian berpatah tulang menyiram
air dari embun semalam.
Bodoh kamu Luncai!
Bibir kamu sendiri tidak
dibasahkan.
Perut itu sendiri tidak diisi.
Rumah ranap, keluarga berciciran
Hidup kau bersama bunga.
Jika itu berharga, tontonkanlah
di pentas alam.
Biar mereka hitung.
Kerana itu sifat alam, membuat
perhitungan.
Berbahagia
lah kamu si bunga!
No comments:
Post a Comment