cerita semalam masih segar
masih lagi diperkatakan
ribuan kata tomahan dilempar
apa benar cerita semalam?
Sayang, percaya aku. Aku bukan
seperti mereka.
Tidak, sungguh tidak sekali aku
percaya cerita semalam.
Cerita semalam hanya khabar
dihanyut siulan burung, sayang.
Biarkan mulut mereka berbunyi
Biarkan fikiran mereka ditelan
masa
Biarkan semua itu, kerana kita
masih kita
Bukan begitu, sayang.
Andai cerita semalam sudah
dilupakan, kenapa tidak bagiku.
Begitu susah untuk tubuh ini
masih berpacak pada yang teguh.
Itu cerita semalam.
Angin berubah arah,masa berganti
masa. Bahasa ditelan tinta. Tubuh diratah tanah
Tapi aku tetap yang sama
Menanti kamu saban hari, tuk
kembali bersulam bahasa.
Tidak sekali aku berubah arah,
sayang. Walau aral datang melintang.
Tapi
itu cerita semalam.
No comments:
Post a Comment