Wednesday, September 19, 2012

hela


Saat aku tidak dipedulikan
Saat itu rasa hiba menyelubungi diri
Jiwa rasa gusar,”adakah aku cuma bayangan?”
Kenapa aku tidak dipedulikan?
Seperti aku ini cuma hamparan nota kecil bertebangan di udara.
Melayang mencari angin barat daya.
“di mana angin ini membawaku? Ke seberang tembok?”
Ku tidak gusar kerana aku lebih percaya Sang Angin kerana angin tidak pernah tipu.

Dibawanya angin sepoi,nyaman tubuh ini.
Dibawanya angina kencang,runtuh tubuh ini.
Dibawanya angin khabar,tersimpul semyuman di bibir.
“aduh angin,mengapa bukan kamu si penyejuk jiwa?”
Aku fikir jika kamu berkata-kata,kata mu itu pembakar hati ini.



Jika kamu berbisik kepadaku, bisik itu cerita malam ku.
Tawa ria mu itu adalah pelangi hariku.
Sang Angin bawalah aku bersama mu. Ke atas nun di langit biru.

Angin jadikan aku sahabat mu.






sumpah aku tidak akan sesekali menyalahkan mu wahai sang angin.

No comments:

Post a Comment