Thursday, January 31, 2013

Pemilik Hati (EPISODE 3)


I’ve been twisting and turning in a space that’s too small
I’ve been drawing the line and watching it fall
You’ve been closing me in, closing the space in my heart
Watching us fading and watching it all fall apart

12 july 2011
10.30pm

Why why I keep thinking about Naz? Ini semua salah Amal la ni. She’s the one who always said about you. Naz handsome, Naz baik bla bla bla. Kadang-kadang terfikir jugak, aku ke yang terlampau over? Obvious sangat ke bila aku selalu cerita pasal dia kat roommate aku? Mungkin sebab aku rindu dia kot. Iye la selama ni asyik sembang dengan dia je. Tapi kali ni aku kat Melaka dia dekat Shah Alam sana. Bodoh gila kan aku? Pukul 11 malam aku dah terpacak depan laptop menunggu kau online yahoo messenger. Tapi kau tak pernah nak online, biasalah hidup dekat university ni sibuk sikit. Tak ada masa nak ber socialize. Sumpah aku bodoh gila,sebab aku akan bukak balik chat history dan scroll sampai ke habis. Tergelak jugak sorang-sorang bila baca balik apa yang kita sembangkan selama ni.

“I tak ke kawan you, and as a friend I akan make sure you makan cukup dan tak sakit. Ni tak, selang seminggu asyik-asyik tak datang kelas sakit perut la apa la, ada je alasan.”-Naz

You better keep your promise, kid. :)

Buku nota hitam ditutup rapat, Pilot ball pen diletakkan ke tepi, tubuh disandarkan ke kerusi. Astagfirullah, mengantuk betul, assignment Madam Ain tak siap lagi. Ish bab tulis diary laju je, essay 5 pages tu haram nak hadap.

Mug berwarna merah dicapai, cappuccino 3in1 dibancuh. Mata sila bertahan, malam ni aku nak siapkan assignment, kalau tak siap, maka berambus lah aku dari lecture hall 3 esok. Fuhh ! siap berjampi air haha.

Earphones disumbat ke telinga, mp3 Sony dipasang. Lagu System of a Down dan Eminem dimainkan, full volume. Separa sedar dari alam nyata.


“shu jom masuk UniKL sama-sama nak? Kita amik course sama. Jom lah.”
“UniKL? Sure ke nak masuk, I tak sure sebab I still don’t know which path should I take.”

Mata terbuka luas, Samsung galaxy mini dicapai, 6.00am. Astagfirullah, aku mimpi rupanya. Tubuh dibawa ke tandas, selesai berwudhu sejadah dihamparkan ke lantai.  Hayya alal solah! Selesai solat tangan diangkat memohon doa pelindung hati dari segala nista duniawi. Mohon dikekalkan iman dan hati ya allah.

No comments:

Post a Comment