Wednesday, February 13, 2013

langit syurga sebelah

untuk kali ke 20 aku masih bingung tentang dia
dan untuk 20 tahun aku masih buntu dimana kamu
ya tuhan cuma kali ini berilah aku satu peluang
peluang untuk aku beri pada dia tebus
untuk sekian 20 tahun

aku bertatih bertongkat kaki sebelah
aku melompat beralas sebelah tangan
aku mendaki berpimpinkan bahu sebelah
dan air mata juga hanyut sebelah
mana kamu selama ini?

jika yang sebelah ada di sisi 
tubuh ini tidak mungkin dibiar gilis angin ribut
sang tebuan tidak mampu menusuk tulang rapuh ku
kerana aku pasti dia ada disebelah

hanya memori cebisan itu untuk aku bawa hanyut tidur
jika hanya itu cara untuk aku bersama dia
biarkan aku tidur selama mungkin
aku janji ini yang terakhir
sumpah hanya ini

sungguh manusia itu tamak
diberi nikmat bah nafsu diranapkan
sungguh dia manusia
mungkin pangkat ayah itu terlampau besar untuk dikendong
biar Dia yang tentu siapa manusia mulia



aku hilang seorang bapa
langit syurga ku  berkecai runtuh

No comments:

Post a Comment