Saturday, March 23, 2013

janji mati


kalau kau tanya mana kawan aku, aku tunjunkkan pada mereka-mereka yang muka paling aku kenal.
bukan hanya dua tiga, tapi beratus-ratusan.
itu bagi aku--pasti

tapi kalau kau tanya si dia, siapa kawannya, aku paling pasti muka polos ini tak termasuk dalam kawanan manusia yang dia gelar kawan. yang sanggup tidur baring di malam hari semata tunggu bola di subuh hari, yang sanggup berkogsi biskut sekeping untuk kawan berlima.
itu bagi dia--aku belum tentu

Bukan salah aku untuk ada rasa ini- rasa yang  satu hari nanti kita memang akan masih berkawan, biar kilat sambar tubuh ini, tangan masih terikat.

bukan aku bodoh untuk tahu- yang satu hari nanti bila kau dah besar aku ini hanya secebis kulit yang kau lekat-lekatkan sepanjang berentak di dunia.

bukan aku daif-untuk tahu bila kau ada teman untuk hidup bahagia, kau tinggal aku di belakang yang sanggup mati bersama, kerana kita kawan.

aku paling tak faham kenapa masih tak boleh terima akal, yang biar mana rapat pun kita pasti akan terkelana di laut dalam.
biar janji manis bagaimana sekalipun kita, pasti ada yang datang menaburkan garam kelat.

sudah, jangan kita berjanji manis lagi 'kau kawan dunia akhirat. itu janji aku pegang. makan minum kau aku akan jaga, sebab itu gunanya kawan.' engau hanya satu fasa singkat dalam hidup.
tidak akn selamanya kau wujud dalam corak hidup aku.

sudah, sekarang siapa mahu tepis air putih di tepi pipi aku?

No comments:

Post a Comment