Saturday, April 20, 2013

refleksi

Orang kata aku berbeza. Orang kata aku pelik. Orang kata aku jelik.
Mungkin sebab pakaian aku? Tingkah laku? Muka yang jelik?

Atau kerana aku pandang dunia secara sinis?

Aku memang suka pandang dunia secara sinis. Sifat suka hukum orang itu yang paling aku berkuasa. Yang paling megah dalam memberi description, iya itu aku. Paling megah gaya raja. Sebab aku dah banyak kunyah rasa-rasa tanah, air, angin dan embun. Maka tiada hal untuk aku kunyah diri kau berdasarkan lagak gaya.

Kadang-kadang aku sendiri sangsi dengan diri sendiri. Macam bila kau lihat cermin, refleksi yang terpampar itu bukan diri kau sepenuhnya. Gaya tubuh kau ada 2 lapis. Dan hari makin hari lapisan itu makin menipis. Orang kata aku cepat adapt dengan tempat baru. Aku panggil,

-
-

Lagak sesumpah, takut dengan cara dunia pandang kau. Yang tiada pendirian tetap.

Orang kata, mereka yang suka menulis ni orang gila. Seakan mereka dalam dimensi lain, kita pandang batu, mereka pandang beban.
Tapi ini saja cara untuk aku bebas kata apa saja yang aku suka. Dengan cara paling halus kau boleh cungkil, dengan cara paling tebal, yang kau hanya mampu kupas luaran saja.

Dan mereka kata buat apa kau nak buka pekung di dada? Simpan sendiri-sendiri. Menulis biar tergantung, biar kau saja yang mengerti apa kau rasa. Tapi bagi aku nah ambil kau! Berdas-das aku bagi, sebab aku rasa puas.

Biarlah cara kita berlainan.

Kalau kau nak suruh aku pegang pisau tangan kiri, aku tak mampu. Sebab cara kita lain bukan.


No comments:

Post a Comment