Saturday, April 6, 2013

dua jiwa

Datang seorang makhluk yang yakni bernafsu satu
menyapa dengan lembut diri ini
dibisik kata halus yang buat ku terpana
perempuan, apa saja yang tidak boleh lemahkannya?

di hujung kata
diberinya delima putih sebesar genggam tangan
untuk apa delima ini?
bukan harta dunia aku cari
'simpan, itu hak kamu'

binggung, sungguh binggung!
apa harus ku buat?

di dakap rapat agar tidak terpandang dek orang
disimpannya di bawah katil, rapi amat rapi
dan bisik pada hati 'jangan ada yang menyapa delima ini'
hak aku, pasti harus dipertahankan
tapi pasti satu hari terulung nanti, ada helang datang menyambar
kerana delima itu memang bukan selamanya milik aku

hati manusia aku tak terjagakan
kerana hati aku sendiri dipijak-pijak

beri aku batu, biar aku lempar ke laut
sekurangnya batu itu lebih bernilai
dari delima kamu yang bermandikan darah

No comments:

Post a Comment