Cerita yang tidak pernah sudah
Tentang sang perawan yang punya rupa tapi bukan hati
Tentang sang perawan yang punya hati tapi tak disaluti rasa abadi
Tentang sang perawan yang punya suara tapi bukan fikiran
Tentang sang perawan yang punya lidah tapi bertutur kata berbelit
Tentang sang perawan yang ingin jadi alfa
Tentang sang perawan yang punya poket kosong
Yang ada hanya kata-kata manis
Tentang..
Ah!
Cerita yang tidak pernah sudah
Monday, November 13, 2017
Monday, September 11, 2017
Detik 1 petang
12:30 tengah hari
.
.
.
12:50 tengah hari
Mata ini sering kali melihat arah jam. Tidak dapat diselindung perasaan gusar itu.
Dalam hati berkata, "tepat pukul 1 kita bakal bertemu."
Apa khabar dirimu?
Masih seperti yang aku kenal dahulu? Bagaimana karakter mu, masih yang lama? Sepasang mata penuh warna itu masih menceritakan perkara yang sama?
Tik-tok
Tik-tok
Apa yang mahu diceritakan? Adakah kamu turut menyusun cerita seperti yang aku lakukan sekarang? Mahu dimulain dengan yang mana satu? Atau mungkin dibiarkan saja angin lalu membawa segala cerita?
Jika pertemuan kita ini hanya untuk mengimbau episod lama
Aku tidak mahu
Jika pertemuan kita kali ini untuk menyesali segala yang terjadi
Aku tidak mahu
Jika pertemuan hari ini untuk perbetulkan segalanya
Aku tidak mahu
Jika pertemuan ini untuk kau melutut dan mengungkit segala kesalahan
Aku tidak mahu
Jika itu tujuan untuk kita bersemuka
Baik kita batalkan saja
Tubuh itu berdiri kaku di hadapan. Kita hanya berpandangan mengharapkan hati masing-masing sedang bercerita
"Apa khabar dirimu?"
Kamu masih di episod lama, tapi diri aku sudah dibawa ke selingan yang seterusnya. Pertemuan ringkas lewat pukul 1 petang.

Tuesday, September 5, 2017
Bertanding
Aku selalu fikir yang aku lah paling pernah rasa semua kesedihan yang ada dalam hidup ni.
Aku pernah rasa ditinggalkan,
aku pernah rasa patah hati,
kecewa sehingga kau tidak lagi punya percaya pada apa-apa.
Entah,
aku selalu rasa aku yang paling pernah rasa macam-macam.
Bila orang datang kemari dan khabarkan bahasa indah,
aku akan pekakkan telinga.
Mulut manis ditaburi janji lewat malam yang entah bila akan disimpulkan.
Semua itu sudah pernah dirasa.
"Sudah lah, kau tak pernah tahu apa yang aku pernah rasa"
Lucu bukan, bila kau seakan bertanding dalam konteks hidup siapa paling musnah?
Durjana semua ini.

Tuesday, September 9, 2014
saat jatuh
entah jangan ditanyakan pada siapa aku ada
saat bilamana hati ini terasa dingin kosong
pada satu malam
sendirian memujuk hati
dibelek-belek buku tahunan sekolah
mencari pada siapa harus dibicarakan
"ah celaka aku tiada kawan"
kerana manusia itu sifatnya datang dan pergi
ditapakkan kaki ke bilik utama
kosong tak berisi
"dia sudah lama pergi"
kenapa pada tika ini?
dicapainya telefon menekan nombor asing
"ayat apa harus ku tuturkan?"
kerana kita jarang berbicara
janggal
kita tak pernah rapat
untuk aku katakan "hey ayah kau apa khabar?"
otak ini terkebil mencari kerana bahasa "ayah" itu sudah lama hilang
ini anakmu
masih ingatkah
yang kau tinggalkan dahulu
masih segarkah wajah kelat aku
bukan suara mu yang kedengaran
cuma bunyian ringkas yang jelik *tuttttttttt
Monday, August 4, 2014
Bingkisan cerita
Mencari sesuatu yang tidak pasti
Dalam arah yang bertelingkuh
Susur jalan yang bersimpang siur
Hilang sesuatu yang berharga
Yang tiada bandingnya
Jika diletakkan hati ini sebagai gadaian, masih tak tercukupkan.
Hilang sesuatu yang pada asalnya tempat aku mengadu domba.
Entah kenapa kehilangan engkau pada masa begini.
Saat aku rasakan hidup ini sesak menghimpit dada ini serapat maunya
Saat tulang lidah ini mula lembut untuk dikongsi bicara
Saat hati ini mula luntur untuk dibukakan cerita
Dengan perlahan kau mula kabur
Dipesankan pada diri "Engkau perlu tabah. Dia pasti kembali."
Walau aku tahu pangkalnya itu bohong belaka.
Tuhan aku masih mencari pada siapa harus disandarkan cerita-cerita kosong ini
Untuk dikongsikan di lewat malam hari
Ditemani dia si mata bundar yang kian menyorot
sekujur tubuh yang berkulitkan cinta dan kasih
Pada cucumu ini yang masih mencari
Teman bicara yang tiada berganti
Letaknya kerusimu itu masih kosong
Dan kekal kosong untuk selamanya
Usah risau, lidah ini akan berhenti berbicara untuk disimpan saat kita bertemu
Ceritakan semua seperti dulu kala.
Subscribe to:
Posts (Atom)