Saturday, April 6, 2013

pergi jauh

Menapak di jalan rata
Mencari erti sebenar hidup
Digalasnya satu beban yang cukup besar
Seakan ditimpakan ke atas bahu kau untuk kau kandar

Menapak di jalan yang tandus
Hari demi hari
Diri makin jauh dari beban itu
'cukuplah dengan siksa kau selama ini.'
Biar aku kandar beban ini saja.
Jangan ditambah-tambah.

Dia mahu pergi jauh
Jauh dari mata serong.
Jauh dari busuk bangkai manusia.
Dia mahu pergi jauh.

Menapak di awan nan biru.
Tubuh makin penat hati rasa redup
Dipejamkan mata untuk sebentar masa.
'angin siul untuk aku, bawa aku pergi jauh.'
Jauh dari dunia
Jauh dari diri aku sendiri.


No comments:

Post a Comment